Tuesday, March 13, 2012

Fiksyen 302

FIKSYEN 302



Sesungguhnya membaca novel karya Ramlee Awang Mursyid membuatkanku asyik dan berada di dalamnya...Novel Fiksyen 302  merupakan novel ke 13 karya Ramlee Awang Mursyid yang telah berjaya kubaca....namun tidak semua novel yg telah kubaca adalah milik sendiri...ada yang dipinjam dari sahabatku dan ada yg dibeli oleh adikku...Ranggau, Tombiruo Terakhir, Rahsia Perindu, Hatiku Di Harajuku, Cinta Sang Ratu, Ungu Karmila, Hijab Sang Pencinta, Mikhail dan 9 Nyawa antara karya Ramlee Awang Mursyid yang kumiliki....karya-karya beliau sememangnya menepati citarasaku yang menggemarkan sesuatu pembacaan yg menjurus kepada cabaran, penyiasatan & teka-teki......

Karya terbaru Ramlee Awang Mursyid, Fiksyen 302 ini....telah menambat hatiku seawal bab yang pertama lagi...kisah ini semakin mencabar & menarik minat aku apabila eksperimen Anjakan Kuantum digunakan dalam karya ini...yang dikaitkan dalam ruang lingkup mekanikal kuantum yang digabungkan dengan aspek psikologi. Minda yang bergerak seiring ruang masa, lebih tertakluk kepada keterbalikan waktu. Aku yg dulunya pernah mempelajari ilmu yang berkaitan bidang tersebut walaupun tidak menjurus kepada mekanik kuantum pun tidak menyangka ia mampu menjadi satu eksperimen keterbalikan waktu. Nampak sangat aku blaja tak pandai.hahahaha....."Physics is for real"....rindu plak nak blaja....hihi=)

Sape yang minat karya Ramlee Awang Mursyid....baca r novel ni....meletupppp....=)


Wednesday, March 7, 2012

~ Buku Program Maulidur Rasul 1433H ~

Bila diberi tugasan sebagai pembuat buku program...
maka aku pun mencipta ler buku program menggunakan teknologi ICT yg ada.....
nila keje aku paling suka buat...
edit using computer......



Tuesday, February 7, 2012

D@nG@ B@Y

Awan Berarak Senja









Taufan Limau Tachibana

Sape penah baca komik ni???? komik ni cuma ade 5 siri sahaja....

Komik karya Shinobu Inokuma

 SINOPSIS:
Taufan Limau Tachibana atau dikenali juga sebagai The Draft of Citrus...
Karya yang sarat dengan mesej yang positif dan bermanfaat....
sebuah komik yang mengisahkan permainan pedang yang popular di Jepun iaitu Kendo...

Karya ini mengisahkan seorang remaja yang berasal dari ladang limau Ehime, namanya Tachibana Tachibana, beliau mempunyai seorang ayah yang terkenal dengan tanaman limau yang bernama Jiyosei Tachibana. Ayahnya memberikan nama ini supaya anaknya juga terkenal dengan tanaman limau. Justeru, Tachibana telah dianugerahkan nasib yang berkaitan dengan limau sejak dilahirkan. Walaupun masih seorang budak sekolah tetapi Tachibana mempunyai kekuatan yang menakjubkan apabila mampu mengangkat bakul besar dua kali saiz badannya dengan penuh berisi limau. Sikap positif, tabah, berani dan semangat juang yang ada dalam dirinya tidak mematahkan semangatnya untuk menguasai dunia dengan menyertai pasukan pedang, Kendo walaupun tidak mahir dalam teknik dan peraturan permainan pedang.

Watak Utama:
Tachibana Tachibana
Kunihiko Yanagida
Sakaki
Iwao Suzuki
Adik-beradik Kikuchi
Jurulatih Tsukishima
Pengetua Katagiri

Koleksi komikku yang ketiga, Episod 1 - 5 (Tamat)